Want your
own Fotopage?







 
Asrul's FotoPage

By: Asrul Sani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Nov-2009 05:40 Email | Share | | Bookmark
Yahooo....... Cuti Sekolah Kembali Menjelma..........

Pejam Celik Pejam Celik dah setahun jadi cikgu. Sementera pejem celik ni kena la jalankan tugas cam biasa selagi pejam tak celik2 melanda. Tahun 2009 adalah tahun paling best sepanjang karier sb aku dah berjaya memulihkan 15 daripada 23 orang yang menghadapi masalah 3M. Perancangan Strategik Program Pemulihan 2009-2012 dah siap, Perancangan Taktikal Program Pemulihan 2010 pun dah siap, Perancangan Taktikal Taekwondo 2010 dah siap, Laporan Tahunan Program Pemulihan pun dah siap, pendek kata semua dah siap.... so bolehla melompat dengan gembiranya sepanjang cuti ni ha ha ha ha...... Jadi Cikgu ni banyak kena buat kerja amal berbanding keja swasta dulu. Keja swasta keja amal jadi overtime... Tapi ramai orang kata keja cikgu ni teruk, keja swasta lagi syok but for me The Best Story Can Only Be Told By Who Live There. Kalau dah rasa senang sangat p try keja swasta tengok.......................................

ai...nak melompat ke... Thu 19-Nov-2009 04:30
Posted by:mama aniq n ayra
oooooooo tidak sama sekali Thu 19-Nov-2009 07:05
Posted by:Cikgu Alaf Baru
Add comment


Tuesday, 6-Oct-2009 07:33 Email | Share | | Bookmark
Pengajaran & Pembelajaran

Raya tahun ni memang best sb dapat beraya sepenuh masa dalam suasana kampung. Kadang2 kat kampung kita rasa serba kekurangan, tetapi sebenarnya kekurangan itulah yang boleh menjelmakan rasa bahagia dalam diri. Kemewahan yang dinikmati tidak akan ada maknanya tanpa kebahagian. Kadang2 kemewahan juga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli keluarga. Tambahan plak yang tak berapa mewah cuba nak up ego lebih2, maka ramai la adik beradik akan melarikan diri. Kesibukan beraya di desa tahun ni sampai menyebabkan terlupa nak rakamkan photo-photo kenangan. Tapi takpa, raya haji nanti boleh buat lagi. Gambo lembu dan korbau pun akan dirakam sekali nanti. Semua rumah yang mempelawa kehadiran kami sekeluarga, sempat kami ziarahi termasuklah rumah kawan2 lama. Seronok dapat gebang2 sambil menggendong anak masing2 yang rata2nya masih membawa beg2 yang berisi pampers, susu dan sebagainya. Walau macammanapun, harus dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang masih menggendong anak kecil, bukan semua tuan rumah suka glgn yang ada anak kecil ni mai beraya lama2, maklumlah baby n budak2, kadang2 tak sengaja mengotorkan karpet import rumah orang, sapa nak jawab. So mak bapak kena alert lebih la, sentiasa berhati-hati dan jadikan iktibar. Tuan rumah plak bila dah kekurangan tetamu tu, sendiri pk la. Biar bukan saja tetamu yg dpt pengajaran ttp tuan rumah jugak akan dapat pembelajaran. Biar sama2 pk. Nak senang p saja rumah orang yang tak banyak kore n dapat terima keadaan kita seadanya...
Pas raya, program sek penuh balik, al-maklumlah nak ligan silibus bagi habis. Minggu lps saja dah kena bawak budak p program RIMUP. So dapatla berkenalan ngan cikgu2 sek lain. Minggu ni plak, SK Minden Height jadi tuan rumah RIMUP. Kami merancang nak adakan program masakan nasi ayam dalam buluh..... Mesti sedap.
Sambung bab beraya sat, syok juga jadi orang bandar yang ada kampung ni. Minggu pertama raya, dapat merasa suasana desa, minggu kedua ni plak, kehangatan raya baru mula terasa di bandar. Banyak open house sampai tak dan nak p. Ahad lepas Open house 3 buah rumah cikgu SK Minden Height termasuklah rumah GB. Rumah kawan baru pun ada. Kat taman ni pun ada....penat ngan makan ja lah.
Pas raya posa ni, deepavali plak, sek dah rancang nak buat jamuan raya dan jamuan deepavali secara ’Pot Luck’ iaitu sebelum kami semua berlepas ke Langkawi pada hujung bulan ni. Semua cikgu gak bersetuju nak celebrate annual dinner tahun ni kat Langkawi.... Tu lah syoknya dok sekolah ni..... Walaupun susah nak p kena naik jambatan dan travel lebih kurang 66km p balik, tapi memang lain dari yang lain......Lagi satu aktiviti riadah kat Langkawi plak nak buat tournament bowling..... Mantap Beb........
Kehidupan yang penuh realiti bukan hipokrasi dan kontroversi................................


Raya ke 4


Muka Bourgeois


Muka Org Kebanyakan


Muka Cakap Banyak (tapi jadi johan)[b]

Care to comment?


Tuesday, 25-Aug-2009 05:19 Email | Share | | Bookmark
Yang Pasti & Yang Tak Pasti

 
 
 


Pilihanraya Permatang Pasir & LDP Yang Tak Pasti

Banyak yang tak pasti sejak kebelakangan ini. Antaranya kenyataan sebenar Tuan Guru Nik Aziz dan yang digembar-gemburkan oleh media. Tapi yang pasti anak kepada calon BN iaitu Rohaizat ada di SK Minden Height. Pendek kata, semuanya ada di SK Minden Height.
Terdengar juga LDP ke 5,6,7 akan diadakan di Langkawi plak, walaupun pada awal perancangannya akan diadakan sama ada di Yan atau di Pendang. Terdengaq plak, perjalanan ke Langkawi akan menggunakan perkhidmatan Air Asia. Segalanya tak pasti. Tapi yang pasti LDP akan diadakan juga pada 2,3,4/10/09 di Langkawi.
Yang Pasti juga BN kalah lagi di Permatang Pasir. Yang Ternyata pasti, ramadhan datang lagi menjenguk kita. Juga yang akan pasti, Aniq akan masuk OT bulan Oktober 2009 nanti setelah hampir 3 tahun menanti kepastian.


sori bro.... nak kepochi sket... hero lu sakit pa bro.... siap nak kena masuk OT.... apapun bro.. wa harap lu super tabah bro..... Fri 4-Sep-2009 17:27
Posted by:shamsol
actually dia kena PUV masa umur 42 hari. So temp doc buat vesicostomy surgery atau dengan kata lain tebuk buat pintasan kat pundi kencing. so la ni doc kata dah ok, so bo la tutup balik lubang tu..... Insyaallah harap2 ok la pasni. Hang doa2 la sama.... Sat 5-Sep-2009 00:48
Posted by:asrul
Add comment


Friday, 14-Aug-2009 05:13 Email | Share | | Bookmark
4 Hari Yang Seronok

14/8/09 – Penang – A.Star - PJ
15/8/09 – UM- KLCC – Klang
16/8/09 – Putrajaya – Penang – A.Star
17/8/09 – H.S.B – Penang


Hari yang dinantikan2 tiba jua. Jumaat ptg, kami sekeluarga bertolak balik ke A.Star untuk mengambil mak dan ayah untuk ke konvokesyen Nini di UM. Lebih kurang kul 9.45 kami bertolak dari A.Star dan sampai ke Tol Duta pada pukul 2.45 pagi. Jalan ke PJ lengang, so tak sampai 20 minit kami dah sampai ke hotel. Besoknya pagi2 dah p UM hantaq mak ngan ayah. Tengahari p plak untuk bergambar dan ronda2 gerai konvo. My Wife plak p beli kapal terbang hidrogen kat Aniq, katanya dah janji ngan Aniq sampai terlupa pikiaq camna nak bawa balik ngan bonet yang sarat. Akhirnya kapal terbang tersebut terpaksa diriba sampai ke A.Star bagai menatang minyak yang penuh. Sebelah petang, kami semua p round2 kat KLCC. Abg Adi n girlfriend turun dari JB untuk jadi tourist guide kami. Sebelah malam plak, kami ke Klang untuk jemputan makan malam di rumah Kak Ani. Sampai Klang lewat sebab sesat akibat nak try jalan baru. Sebenarnya bukan sesat sangat pun, cuma tak berapa cam maklumlah diselimuti pekat malam. Pas makan patah balik ke hotel di PJ plak. Esok pagi kami ke Putrajaya. Spend masa dalam 3 jam round2, pastu kami terus bertolak balik ke Utara. Sampai Penang dalam kul 5.30 ptg, singgah di Kepala Batas sat. Lepas Isyak baru bertolak ke A.Star. Sampai rumah ayah suruh mak bancuh kopi sb dah dua hari tak minum kopi mak katanya ha ha ha......
Esok pagi cam biasa bawa Aniq ke HSB untuk appointment, dan bawa Ayra ke klinik sebab demam. Aniq ok, Ayra plak demam. Balik Penang bawa Ayra ke PathLab untuk buat ujian darah, maklumlah dah 3 hari demam, tapi doc kat PathLab tak bagi buat sb Ayra tak dak sympthom kena H1N1. Akhirnya, hari keempat telah mengesahkan bahawa Ayra kena demam campak.... La ni dah ok n kembali aktif dengan aktiviti harian iaitu memanjat dan meniti...



Wajah2 Doc 2009




















Care to comment?


Saturday, 8-Aug-2009 05:06 Email | Share | | Bookmark
3 Hari Yang Sarat

8/8/09 – Penang – Ipoh
9/8/09 – Ipoh – Zoo Taiping
10 – 12/8/09 – Hotel Seri Malaysia SP
Imej by Nokia3110 Classic

Bertolak ke Ipoh pada hari Sabtu atas urusan keluarga yang belum selesai. Bermalam di Ipoh ngan Kak Ani & Abg Non. Selesai urusan pada pagi ahad, kami sekeluarga bertolak balik ke Penang. On the way nak balik ternampak signboard Zoo Taiping, apa lagi, my Wife pun mula la nak ajak p. Dengan tak dirancang, kami pun p la ke Zoo Taiping. Ingat lepas tu nak p makan mee banjir kat Kuala Sepetang, tapi Kak Ani bagi tau tak la sedap sangat mcm lebih ‘indah khabar dari rupa’, so tak jadi la kami nak p. Next time, maybe kami sekeluarga dan sebiji atau dua biji lagi kenderaan baru akan mendaki bukit ke Cameron Highlands.
Esoknya plak, p kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Pemulihan peringkat Negeri di Hotel Seri Malaysia SP. Dapatalah tidoq 2 malam dan makan dengan FOC. Seronok gak la kursus ni sebab secara tak langsung dapat membina satu link di antara guru2 pemulihan di Penang, di samping dapat info2 baru dari JU dan juga Guru Cemerlang Pemulihan. W/b/pun tak sempat nak tangkap gambaq, sb semua sibuk ngan presentation pada hari last sb Ketua Sektor nak turun tengok. Tapi kami semua sempat bertukaq no tel untuk papahal nak tanya atau nak share pasni. Pada awalnya kursus ni nak buat di Langkawi, tapi pegawai JPN kata tak cukup budget plak. Maybe next time kot.








Care to comment?


Friday, 7-Aug-2009 01:51 Email | Share | | Bookmark
Wabak




Manusia yang mulia disisi Allah ialah manusia yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Demikianlah dengan tindakan yang telah diambil oleh Panitia Pendidikan Islam SK Minden Height. Congratulations and thank a lot to orang kuat Panitia ini iaitu Ustad Azhari & Ustad Faizal yang telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan doa menghindari wabak kepada seluruh warga muslim SK Minden Height. Dengan alunan doa yang berulang kali setiap hari di corong2 speaker oleh 14 orang ustad & ustazah, semua warga SK Minden Height mengharapkan tidak dihampiri dan dijauhkan dari wabak berbahaya ini. Walaupun virus terkenal dengan sifatnya yang boleh hidup tanpa perumah, tetapi ia sebenarnya tidak cukup kuat untuk melawan pencipta-Nya
Sebagai Guru Malaysia di alaf baru ini, kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat semasa. Menteri Penerangan, telah mengumumkan bahawa perkataan Influenza A telah ditukarkan kepada selsema babi H1 N1 sejak dua bulan lepas. Ini bagi menunjukkan bahawa betapa seriusnya wabak ini dan bertujuan untuk memberi lebih kesedaran kepada semua pihak. Oleh yang demikian, sebagai guru kita hendaklah mempunyai maklumat terkini supaya tidak ditertawakan oleh anak murid alaf baru yang ternyata terdedah dengan ICT. Setakat 6 August 2009, seramai 14 orang telah menjadi korban virus selsema babi H1N1 ini. It is believed that this pandemic virus is one of the sign of kiamat. So, bersama-sama lah kita bersedia dan sentiasa berusaha melengkapkan diri untuk berdepan dengan yang Maha Kuasa.
Salute kepada pihak pentadbir SK Minden Height yang telah berusaha sedaya upaya untuk mengawal wabak ini. Antara usaha yang telah dilakukan ialah mendedahkan kepada semua murid tentang kaedah membasuh tangan dengan betul. Di samping itu, murid yang selsema, batuk dan demam dibekalkan dengan face mask dan dikuarantinkan jika belum masuk ke kelas dan akan diarahkan untuk pulang bagi meminimakan risiko jangkitan wabak ini. Manakala bagi murid yang mempunyai symptom tetapi telah masuk ke kelas secara sengaja atau tidak, maka kelas tersebut akan dikuarantinkan dan akan dijalankan pemeriksaan lanjut.
Semoga dengan laungan doa, dan usaha-usaha yang telah dijalankan, SK Minden Height akan bebas drp wabak selsema babi H1 N1 ini….

Care to comment?


Sunday, 2-Aug-2009 08:31 Email | Share | | Bookmark
Aniq (BIO-NIQ) Yang Tabah

 
 
 

Aniq baru kluaq wad

Kalau Bionik ada besi dalam badan, Aniq plak ada tiub getah dalam badan. Aniq masuk wad sekali lagi, tapi alhamdulillah...just for a few day ja...thank to my mum in law yang sanggup jaga Aniq.. Bagi Aniq dan supporter, masuk kluaq wad dah jadi perkara biasa. Terima kasih pada my beloved wife yang tabah, my in laws n kawan-kawan... yang sentiasa bagi sokongan n mendoakan Aniq... x lupa jugak pada doctors n nurses Wad Melur 5B...Insyaallah menurut doc, episod aniq akan berakhir sedikit masa lagi. Moga segala kesedihan dan kesakitan Aniq akan berakhir...dan digantikan dengan perkara-perkara yang lebih baik untuk kami sekeluarga...amin...
Kluaq wad tengahari....petang p melawat Pusat Sains Wilayah Utara. Walaupun, tak berapa siap sepenuhnya, tapi banyak gak info yang dapat. Aniq mmg minat habih dengan benda2 yang didisplay, sampai panggil pun buat tak dengaq ja...asyik try main itu n ini.....Good boy Aniq...we really impress with your strenght n attitudes...abah n mama doakan u will be the best n always get the best in whatever u do!...We really proud of u… We care n love u always. Ayra plak tertidoq, maybe at her age tempat ni membosankan bagi dia....















Earthquake Room








Bhn Yang Paling Aniq Minat


Berjaya yeaahhhh.....


Ayra baru bangun tdo...


huhu..aniq nampak cam budak dah besaq..gaya memang ada tu.. ganbatte aniq.. moga sihat slalu..we luv u so much... Tue 11-Aug-2009 12:00
Posted by:LiaNi  - [Link]
Add comment


Friday, 31-Jul-2009 08:02 Email | Share | | Bookmark
Intel Malaysia Biodiversity Education Camp 2009 at Taman Negara

Intel Malaysia Biodiversity Education Camp 2009 at Taman Negara, Pantai Keracut, Penang……

Minggu lepas kena bawa 2 org murid terpilih ke camp biodiversity kat pantai keracut. Hanya 10 sekolah saja yang terpilih untuk join projek ini. Tentang makan, pakai, tidur sepenuhnya ditaja oleh Intel. Syok gak dapat tracking lebih kurang 1 1/2jam sebelum sampai ke pantai keracut. However, saya terpaksa balik awal sb dapat emergency call dari rumah. Hanya dpt tidoq for a night je. Gambaq pun tak sempat nak tangkap. Penyu pun tak mau timbul, so semua orang hanya dapat tengok penyu yang dibela sebelum dilepaskan ke laut pada sebelah petang. Time balik dapat naik bot sorang2 dengan alunan ombak setinggi 2 meter, mmg syok habis, sb bukan senang nak dapat pengalaman camtu. Tapi pemandu bot tu kata ombak tu biasa ja, ombak yang bagi terbalik bot orang panggil ombak 3 beradik. Pape pun...really happy because it gave me new experience...enjoy being a teacher....
Next week p tdoq kat Hotel Seri Malaysia SP plak sb kena kursus 3 hari…….



Care to comment?


Thursday, 21-May-2009 06:54 Email | Share | | Bookmark
Makhluk Asing Menyerang Bumi

Gambar ni telah dirosakkan oleh Joe. Oleh sb tu la jgk, beliau telah dipostingkan ke Sarawak he..he..




Gambar kenangan di Tasik Melati..

apa tuhhhhh
kesan H1N1AS1 kaaaa______
dasatttttttt
kena antar ke kelas "pemulihan" anggota______
Fri 22-May-2009 16:48
Posted by:wildcat
Ha ha tu la penangan cikgu alaf baru Sat 23-May-2009 01:48
Posted by:Cikgu Alaf Baru
Add comment


Wednesday, 20-May-2009 03:04 Email | Share | | Bookmark
Gambar Tidoq di IPGM 2008

Gambar tidoq sepanjang tahun 2008 di IPGM Perlis ni telah dirakamkan secara sengaja dan tidak sengaja oleh ramai cameraman. Cameraman yang paling terkenal ialah Pak Li. Kpd kengkawan, tgk lah wajah2 anda yang tertidoq dalam kelas sepanjang tahun 2008 lepas. Jangan marah he..he...he...






Reply Persona : Ngantuk punya pasai, tai pun tak dan buang Sat 13-Jun-2009 02:07
Posted by:Cikgu Alaf Baru
sy suka main bola hari2 sy main bola....cikgu sy suka tidur...tiap2 hari dia tidur...cian cikgu saari...tidur dlm kelas yeee Sat 5-Sep-2009 01:42
Posted by:ibrahim_ai sanyo isp ibranandez@yahoo.com
Reply Pak Brahmin... Besa la dulu tido dalam surau... Skrg dah tak dak partner tido surau sambil dengaq lagu raya.... Tue 8-Sep-2009 05:08
Posted by:Cikgu Alaf Baru
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.