 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Asrul's FotoPage
 By: Asrul Sani
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 7-Aug-2009 01:51 |
Email | Share | Bookmark |
|
Wabak
|
|
Manusia yang mulia disisi Allah ialah manusia yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Demikianlah dengan tindakan yang telah diambil oleh Panitia Pendidikan Islam SK Minden Height. Congratulations and thank a lot to orang kuat Panitia ini iaitu Ustad Azhari & Ustad Faizal yang telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan doa menghindari wabak kepada seluruh warga muslim SK Minden Height. Dengan alunan doa yang berulang kali setiap hari di corong2 speaker oleh 14 orang ustad & ustazah, semua warga SK Minden Height mengharapkan tidak dihampiri dan dijauhkan dari wabak berbahaya ini. Walaupun virus terkenal dengan sifatnya yang boleh hidup tanpa perumah, tetapi ia sebenarnya tidak cukup kuat untuk melawan pencipta-Nya
Sebagai Guru Malaysia di alaf baru ini, kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat semasa. Menteri Penerangan, telah mengumumkan bahawa perkataan Influenza A telah ditukarkan kepada selsema babi H1 N1 sejak dua bulan lepas. Ini bagi menunjukkan bahawa betapa seriusnya wabak ini dan bertujuan untuk memberi lebih kesedaran kepada semua pihak. Oleh yang demikian, sebagai guru kita hendaklah mempunyai maklumat terkini supaya tidak ditertawakan oleh anak murid alaf baru yang ternyata terdedah dengan ICT. Setakat 6 August 2009, seramai 14 orang telah menjadi korban virus selsema babi H1N1 ini. It is believed that this pandemic virus is one of the sign of kiamat. So, bersama-sama lah kita bersedia dan sentiasa berusaha melengkapkan diri untuk berdepan dengan yang Maha Kuasa.
Salute kepada pihak pentadbir SK Minden Height yang telah berusaha sedaya upaya untuk mengawal wabak ini. Antara usaha yang telah dilakukan ialah mendedahkan kepada semua murid tentang kaedah membasuh tangan dengan betul. Di samping itu, murid yang selsema, batuk dan demam dibekalkan dengan face mask dan dikuarantinkan jika belum masuk ke kelas dan akan diarahkan untuk pulang bagi meminimakan risiko jangkitan wabak ini. Manakala bagi murid yang mempunyai symptom tetapi telah masuk ke kelas secara sengaja atau tidak, maka kelas tersebut akan dikuarantinkan dan akan dijalankan pemeriksaan lanjut.
Semoga dengan laungan doa, dan usaha-usaha yang telah dijalankan, SK Minden Height akan bebas drp wabak selsema babi H1 N1 iniā¦.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|