 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Asrul's FotoPage
 By: Asrul Sani
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 6-Oct-2009 07:33 |
Email | Share | Bookmark |
|
Pengajaran & Pembelajaran
|
|
Raya tahun ni memang best sb dapat beraya sepenuh masa dalam suasana kampung. Kadang2 kat kampung kita rasa serba kekurangan, tetapi sebenarnya kekurangan itulah yang boleh menjelmakan rasa bahagia dalam diri. Kemewahan yang dinikmati tidak akan ada maknanya tanpa kebahagian. Kadang2 kemewahan juga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli keluarga. Tambahan plak yang tak berapa mewah cuba nak up ego lebih2, maka ramai la adik beradik akan melarikan diri. Kesibukan beraya di desa tahun ni sampai menyebabkan terlupa nak rakamkan photo-photo kenangan. Tapi takpa, raya haji nanti boleh buat lagi. Gambo lembu dan korbau pun akan dirakam sekali nanti. Semua rumah yang mempelawa kehadiran kami sekeluarga, sempat kami ziarahi termasuklah rumah kawan2 lama. Seronok dapat gebang2 sambil menggendong anak masing2 yang rata2nya masih membawa beg2 yang berisi pampers, susu dan sebagainya. Walau macammanapun, harus dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang masih menggendong anak kecil, bukan semua tuan rumah suka glgn yang ada anak kecil ni mai beraya lama2, maklumlah baby n budak2, kadang2 tak sengaja mengotorkan karpet import rumah orang, sapa nak jawab. So mak bapak kena alert lebih la, sentiasa berhati-hati dan jadikan iktibar. Tuan rumah plak bila dah kekurangan tetamu tu, sendiri pk la. Biar bukan saja tetamu yg dpt pengajaran ttp tuan rumah jugak akan dapat pembelajaran. Biar sama2 pk. Nak senang p saja rumah orang yang tak banyak kore n dapat terima keadaan kita seadanya...
Pas raya, program sek penuh balik, al-maklumlah nak ligan silibus bagi habis. Minggu lps saja dah kena bawak budak p program RIMUP. So dapatla berkenalan ngan cikgu2 sek lain. Minggu ni plak, SK Minden Height jadi tuan rumah RIMUP. Kami merancang nak adakan program masakan nasi ayam dalam buluh..... Mesti sedap.
Sambung bab beraya sat, syok juga jadi orang bandar yang ada kampung ni. Minggu pertama raya, dapat merasa suasana desa, minggu kedua ni plak, kehangatan raya baru mula terasa di bandar. Banyak open house sampai tak dan nak p. Ahad lepas Open house 3 buah rumah cikgu SK Minden Height termasuklah rumah GB. Rumah kawan baru pun ada. Kat taman ni pun ada....penat ngan makan ja lah.
Pas raya posa ni, deepavali plak, sek dah rancang nak buat jamuan raya dan jamuan deepavali secara ’Pot Luck’ iaitu sebelum kami semua berlepas ke Langkawi pada hujung bulan ni. Semua cikgu gak bersetuju nak celebrate annual dinner tahun ni kat Langkawi.... Tu lah syoknya dok sekolah ni..... Walaupun susah nak p kena naik jambatan dan travel lebih kurang 66km p balik, tapi memang lain dari yang lain......Lagi satu aktiviti riadah kat Langkawi plak nak buat tournament bowling..... Mantap Beb........
Kehidupan yang penuh realiti bukan hipokrasi dan kontroversi................................
Raya ke 4
Muka Bourgeois
Muka Org Kebanyakan
Muka Cakap Banyak (tapi jadi johan)[b]
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|